‘Sampai bila pun dia tetap perempuan'

Ya Allah...takutnya dgn keadaan zaman sekarang nie...mcm 2 hal....sampaikan lelaki dan perempuan pon susah nak kenal pasti...


KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepadaSinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.

Connie menambah, MyKad Sri Wani bukan sahaja tertera perkataan perempuan, malah kad perakuan Islam Sri Wani juga mencatat Sri Wani sebagai perempuan.

Ditanya reaksinya mengenai tindakan suami Sri Wani, Bahrom Sanugi, 61, memfailkan permohonan pemeriksaan jantina terhadap Sri Wani di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, Connie menyifatkannya sebagai memeranjatkan.

“Saya tidak faham kenapa selepas lebih setahun berumahtangga, timbul isu mengenai jantina.

"Kalau dia (Sri Wani) betul-betul lelaki, kenapa suami pertamanya tidak mempertikaikannya dulu?.

“Bab rumah tangga, dia jarang cerita. Katanya semua baik dan saya kira dia bahagia. Kalau ada pun pergaduhan dalam rumahtangga, itu perkara biasa,” kata ibu dua anak itu.

Connie turut memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan gambar tempat tinggal dan premis perniagaan Sri Wani.

Menurutnya, gambar itu dirakam tanpa kebenaran beliau mahupun Sri Wani.

“Perkara itu bukan sahaja menjejaskan maruah keluarga, malah membahayakan keselamatan Sri Wani.

“Sekarang sudah ada orang yang berani mengekori Sri Wani hingga ke rumah. Dia juga ada beritahu banyak terima panggilan daripada orang yang tak dikenali; ajak berkenalan, ajak kahwin dan macam-macam lagi.

“Setiap orang ada privasi. Tolonglah hormatilah privasi Sri Wani,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/

Felt Kraf ..kembali Lagi...

Assalamualaikum...hmmmm dah lama x berblog...dah lama juga x berkraftangan...tapi bila banyak hasil kraftangan felt yg.kawan2 dok pos kat wall FB,semangat pon mulalah mai balik...terus order felt...dan inilah hasilnya....





Insyaallah ..akan buat pattern yg lain pula...almaklumlah dah makin sarat nie...x boleh nak duduk lama2...lengguh pinggang.Satu malam tu boleh la siapkan satu pattern ja...hmmmm...macam mana la buat jual...hehehhe...

10 Fakta Tentang Kelahiran


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Alhamdulillah...dah nak masuk 5 bulan usia kandungan aku yg ke-4....belum tahu lagi jantinanya.Rasa x sabar menunggu saat kelahiran....Auni pon dah dok praktis membahasakan dirinya kakak......